Laporan Ringkas Kursus i-Think kepada Pelajar SMK Putatan

Terdapat dua fasa utama bagaimana usaha mendedahkan peta pemikiran i-think kepada pelajar SMK Putatan. Fasa pertama adalah melibatkan kelompok pelajar khusus iaitu badan pengawas sekolah dan pelajar prauniversiti SMK Putatan.

Kursus yang dijalankan secara sukarela ialah Kursus dan Bengkel iTHINK 2013 untuk Pengawas Sekolah SMK Putatan telah dijalankan selama dua hari berturu-turut, iaitu pada hari Rabu dan Khamis, 9hb. dan 10hb. Januari, 2013. Ia dijalankan di Makmal Sains bermula dari pukul 2:00 petang hingga pukul 4:15 petang. Keseluruhannya kursus tersebut dijalankan selama lebih kurang 4 1/2 jam. Kelapan-lapan peta pemikiran telah didedahkan mengikut urutan yang sepatutnya. Setiap satu peta pemikiran akan disusuli dengan bengkel di mana pengawas dibahagikan kepada 6 kumpulan. Sesi pembentangan turut dijalankan dan semua kumpulan diminta tampil ke hadapan membentangkan hasilan peta pemikiran masing-masing. Untuk memudahkan pengendalian kursus dan bengkel yang dijalankan oleh hanya seorang guru, iaitu Cikgu Rithuwan Nasir, sendiri, rangsanan soalan-soalan ditulis di papan putih untuk pelajar pilih. Kelebihan cara ini ialah, sesi bengkel terbimbing dan terkawal.

Kursus dan bengkel yang sama juga telah dijalankan oleh pengurusan tingkatan enam/prauniversiti pada hari Sabtu, iaitu 12hb. Januari, 2013. Ia dimulakan seawal pukul 8:00 pagi dan tamat pada pukul 12:30 tengah hari. Ia dikendalikan oleh Puan Justa James sebagai penceramah utama dibantu oleh beberapa orang guru. Pelajar prau dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil dan sesi bengkel dijalankan bagi setiap peta pemikiran.

Guru-guru prau lain turut membantu sebagai fasilitator. Ia amat membantu kerana guru-guru berkenaan telahpun hadir dalam kursus dan bengkel i-think kepada guru pada minggu sebelumnya.

Fasa kedua melibatkan kursus besar-besaran melibatkan semua pelajar SMK Putatan.

Pada 23hb. Januari, 2013 (rabu), semua pelajar dikehendaki berada di dalam kelas dan guru-guru dilantik menjadi penceramah dan fasilitator mengikut jadual tugasan yang telah diagih-agihkan. Kursus dan bengkel dijalankan serentak mulai pukul 8:10 minit hingga pukul 12:00 tengah hari. Sesi petang pula memulakan sesi kursus dan bengkel bermula pada pukul 12:30 hingga ke pukul 5:30 petang. Hanya 4 peta pemikiran terawal disampaikan dan 4 peta pemikiran seterusnya akan didedahkan pada hari Isnin akan datang.

Kesimpulannya, usaha memperkenalkan program i-think dan 8 peta pemikiran sedang berjalan lancar dan diharapkan ia akan menjadi sandaran penggunaan peta pemikiran dalam sesi pembelajaran dan pengajaran guru-guru bagi semua subjek yang berkaitan.