Selamat Datang

Selamat datang ke blog Program i-THINK SMK Putatan.

Mulai tahun 2013, SMK Putatan dipilih menyertai lebih 1000 buah sekolah melaksanakan program i-THINK secara menyeluruh di dalam sekolah. Pengetua dan seorang guru telah mengikuti kursus selama 3 hari di Beringgis Resort pada 5 hingga 7 November 2012. Selepas itu, pada hari Sabtu, 10 November 2012, Bengkel Setengah hari telah dijalankan oleh pihak sekolah dihadiri oleh guru-guru terpilih sebagai AJK Pemandu terdiri daripada Penolong-penolong Kanan, Ketua-ketua Bidang, Guru-guru Cemerlang dan Ketua-ketua Panitia  serta beberapa guru lain yang mempunyai kemahiran tertentu. Kursus atau bengkel kepada semua guru akan dilaksanakan dalam minggu 1-2 tahun 2013.

Blog ini adalah inisiatif awal kami untuk mengumpul maklumat-maklumat tambahan dari internet untuk rujukan awal guru-guru dan pelajar sekolah kami.

Blog ini diselia diperingkat awal oleh Cikgu Rithuwan Bin Nasir. Blog ini akan dijadikan landasan kolaborasi lebih menyeluruh semua guru mulai tahun 2013.