i-THINK?

Program i-THINK telah mula diperkenalkan sejak 2011 tetapi perlaksanaan ‘whole-school approach’ dimulakan pada tahun 2012. Mulai tahun 2013, SMK Putatan akan dilibatkan dalam program ini.

Ringkasnya, pada 27 Julai 2011 Mesyuarat di antara Agensi Inovasi Malaysia (di bawah Jabatan Perdana Menteri) dan Kementerian Pelajaran Malaysia telah bersetuju melaksanakan program i-THINK dengan merintis 10 buah sekolah di Malaysia. Program ini akan dipeluaskan kepada 1,000 sekolah pada tahun 2013 dan seterusnya semua sekolah akan melaksanakan program ini pada tahun 2014.

Apa itu program i-THINK?

Program i-Think merupakan satu program yang bertujuan mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berinovatif.  Guru dan murid akan menggunakan alat berfikir di dalam pengajaran dan pembelajaran disamping melaksanakan aktiviti kemahiran aras tinggi.

Untuk maklumat lanjut anda digalakkan melayari laman sesawang rasmi program ini di alamat http://www.ithink.org.my. Anda juga boleh melayari http://www.thinkingschool.co.uk untuk mengetahui bagaimana ia digunakan dibeberapa buah sekolah di United Kingdom.

Bersama-sama kita menjayakan transformasi pendidikan negara demi kesejahteraan generasi akan datang Malaysia.