Peta Buih

2nd Map, Bubble Map / Peta Pemikiran 2, Peta Buih

Peta seterusnya yang akan diperkenalkan adalah Peta Buih. Peta Buih digunakan untuk Menerangkan (Describing) menggunakan kata adjektif atau frasa. Ia mempunyai bulatan dalam besar dari mana terdapat garisan bersambung ke bulatan kecil di luar atau “buih”. Ramai daripada anda mungkin melihat Peta Buih menyamai peta sesawang atau kelompok. Sebenarnya ia berbeza. Perbezaan yang jelas ialah bahawa Peta Buih hanya mempunyai satu idea pusat atau istilah yang hendak ditakrifkan (defined). Buih-buih lain yang bersambungan dengannya mengandungi adjektif yang menerangkan istilah itu.