Peta Bulatan

1st Map, Circle Map / Peta Pemikiran 1, Peta Bulatan

Peta Bulatan adalah peta pertama yang diperkenalkan kepada murid. Peta ini boleh digunakan untuk sesi sumbang-saran atau pernyataan sesuatu konteks. Terdapat bulatan kecil di tengah bulatan yang besar dan dikelilingi segiempat persegi. Bulatan dalaman mengandungi item yang perlu didefinisikan. Semua perkataan atau frasa yang digunakan untuk mentakrifkan item tersebut diletakkan di dalam bulatan luar/bulatan besar. Rangka persegi adalah ‘bingkai rujukan’/”frame of reference”, iaitu menerangkan bagaimana anda tahu maklumat ini, apa sumbar atau pengaruh.

Satu bingkai rujukan boleh digunakan dengan mana-mana peta pemikiran

Sumber peta : http://thinkingmaps.com/imgFiles/popUps/imlMapCircle.png