Laporan Ringkas Kursus Pengenalan i-Think kepada Guru-guru SMK Putatan

Pelaksanaan Program i-Think di SMK Putatan sedang berjalan mengikut rancangan. Dalam tahun 2013 ini, pihak jawatankuasa Pemandu telah menganjurkan khas kepada semua guru SMK Putatan pada 5hb. Januari, 2013, sabtu. Walau bagaimanapun akibat kekangan waktu dan tempat yang boleh digunakan, maka kursus dan bengkel ini dipendekkan kepada setengah hari sahaja, bermula pada pukul 8 pagi hingga ke 12:30 tengah hari.

Jurulatih kursus dan bengkel tersebut ialah Puan pengetua sendiri, Datin Hjh. Azah Hj. Ismail, dengan dibantu oleh Puan Justa James, menggantikan Puan Helan, yang pada hari tersebut tidak dapat hadir kerana masalaha kesihatan. Turut membantu di hadapan menyampaikan ceramah ialah Encik Rithuwan Nasir, berkongsi bahan yang diperoleh dari internet melalui tayangan slaid selain bahan-bahan kursus yang disediakan oleh puan pengetua.

Setiausaha kursus dan bengkel ialah Puan Kamisah Beddu, dibantu oleh Cik Huda selaku penyedia bahan-bahan tulis, Puan Zainab Ahmad dan Pn Afidah Suamun sebagai AJK pendaftaran. Selain itu, semua ahli jawatankuasa pemandu i-think turut digembeling sebagai fasilitator kursus dan bengkel.

Kesimpulannya, kursus ini berjaya mencapai matlamat kursus iaitu memperkenalkan 8 peta pemikiran kepada semua guru. Pesan puan pengetua ialah supaya guru-guru mengambil inisiatif mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran penggunaan peta pemikiran tersebut melalui pembacaan lanjut dan praktis kendiri.

Gambar boleh dilihat di galeri ini.